Dasar Privasi ClassFlow

(Versi 5.0 – Julai 2016)

Tarikh Kuat Kuasa:  29 Julai, 2016

Ikrar Privasi Data Pelajar ClassFlow Kami

Privasi maklumat pelajar yang boleh dikenal pasti secara peribadi adalah sangat penting bagi kami.  Kami berbesar hati kerana pelanggan memilih ClassFlow sebagai pembekal perkhidmatan pendidikan yang dipercayai dan kami berusaha untuk mendukung piawaian privasi dan keselamatan data yang tinggi. Apabila kami mempunyai akses ke maklumat peribadi pelajar, kami komited terhadap prinsip privasi data berikut:

  • Kami mengumpul, menyimpan, memproses dan berkongsi maklumat peribadi pelajar hanya untuk tujuan membekalkan Perkhidmatan kami atau seperti yang dibenarkan oleh sekolah atau ibu bapa.
  • Kami hanya mengumpul sebanyak mungkin maklumat peribadi pelajar seperti yang diperlukan untuk membekalkan Perkhidmatan kami.
  • Kami akan mendedahkan dasar dan amalan kami dengan jelas dan telus.
  • Kami tidak berkongsi atau menjual maklumat peribadi pelajar dengan pihak ketiga bagi tujuan pemasaran.
  • Kami tidak mendedahkan maklumat peribadi pelajar bagi tujuan sasaran tingkah laku.
  • Kami tidak menggunakan maklumat peribadi pelajar bagi tujuan sasaran tingkah laku melainkan kepada ibu bapa dengan kebenaran nyata dan jelas daripada mereka.
  • Kami tidak akan membuat perubahan penting kepada dasar privasi kami atau terma perkhidmatan yang berkaitan dengan pengumpulan atau penggunaan maklumat peribadi pelajar tanpa memberi notis terlebih dahulu kepada sekolah dan memberikan pilihan kepada sekolah sebelum maklumat peribadi pelajar digunakan dalam cara yang berbeza dari segi material daripada yang telah telah didedahkan bila maklumat peribadi pelajar dikumpul.
  • Kami akan mengekalkan program keselamatan data komprehensif yang direka untuk melindungi jenis data pelajar yang dikumpul di dalam ClassFlow.
  • Kami akan menghapuskan atau menyahkenal pasti maklumat peribadi pelajar bila ia tidak diperlukan lagi atau atas arahan atau permintaan pihak sekolah.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang amalan dan cara kami melindungi maklumat peribadi pelajar, sila semak Dasar Privasi ini dengan teliti dan juga Dasar Kuki, Terma Perkhidmatan dan Dasar Penggunaan Boleh Diterima kami, atau hubungi kami di privacy@ClassFlow.com dengan pertanyaan.

“ClassFlow” atau “Perkhidmatan” dibekalkan oleh Promethean Limited (“Promethean”, “kami”, atau “kita”).  Kami adalah sebuah syarikat berhad yang berdaftar di England dan Wales dengan pejabat berdaftar kami beralamat di Promethean Limited, Promethean House, Lower Philips Road, Whitebirk Industrial Estate, Blackburn, Lancashire, BB1 5TH, United Kingdom.

Apabila kami menggunakan perkataan “Perkhidmatan (-perkhidmatan)” di dalam Dasar Privasi ini, kami merujuk kepada (i) Perkhidmatan ClassFlow awam yang boleh didapati secara percuma di www.ClassFlow.com atau URL sedemikian lain seperti yang ditentukan oleh tempat Pengguna atau bahasa pelayar; (ii) Perkhidmatan ClassFlow untuk Sekolah yang boleh didapati melalui langganan kepada sekolah, daerah sekolah, atau institusi sedemikian lain dan boleh dicapai melalui penyediaan Subdomain ClassFlow unik sahaja dengan URL persendirian (contohnya www.yourschooldistrictname.classflow.com) untuk kegunaan eksklusif oleh sekolah atau daerah; dan (iii) semua laman web, produk, perkhidmatan dan aplikasi berkaitan lain yang disediakan oleh Promethean (termasuk mana-mana Aplikasi berkaitan ClassFlow yang mungkin boleh didapati melalui App Store, Google Play, atau kedai aplikasi pihak ketiga lain).

Dasar Privasi ini, bersama-sama dengan Dasar Kuki ClassFlow, Terma Perkhidmatan ClassFlow, dan Dasar Penggunaan Boleh Diterima ClassFlow yang dirujuk di dalam Dasar Privasi ini, membentuk sebuah Kontrak yang terikat dari segi undang-undang antara anda dan kami (secara kolektif dirujuk di sini sebagai “Kontrak”).  Sila baca kontrak tersebut dengan teliti sebelum anda mula menggunakan Perkhidmatan kami.  Dengan menggunakan Perkhidmatan kami, anda menunjukkan bahawa anda menerima Terma Perkhidmatan ClassFlow, Dasar Penggunaan Boleh Diterima, Dasar Kuki dan Dasar Privasi ini, dan anda bersetuju untuk terikat dan mematuhi semua termanya.  Jika anda tidak bersetuju dengan terma dan dasar ini, jangan gunakan Perkhidmatan ini.  Mana-mana terma yang kami gunakan di sini tanpa mentakrifkannya hendaklah membawa definisi yang diberikan kepadanya di dalam Terma Perkhidmatan.  Sekiranya terdapat sebarang percanggahan di antara Terma Perkhidmatan dan Dasar Privasi, Terma Perkhidmatan hendaklah diberi keutamaan.

“Anda” atau “kamu” bermaksud Pengguna Perkhidmatan ini.  “Pengguna Individu” seperti yang digunakan di dalam Terma ini mungkin seorang guru (atau pentadbir), pelajar atau ibu bapa yang menggunakan Perkhidmatan ClassFlow percuma. Apabila berkenaan, “anda” atau “kamu” juga bermaksud sekolah atau daerah sekolah atau institusi pendidikan lain yang sebaliknya dikenali sebagai “Pengguna Perusahaan” yang menggunakan Perkhidmatan ClassFlow untuk Sekolah, dengan siapa Pengguna mempunyai kaitan sama ada sebagai pelajar, guru, atau ibu bapa dan dibenarkan oleh Pengguna Perusahaan untuk menggunakan Perkhidmatan ini (“Pengguna yang Dibenarkan”).  Istilah “Pengguna (-pengguna)” seperti yang digunakan di dalam ini merujuk kepada semua pengguna Perkhidmatan ini:  Pengguna Individu, Pengguna yang Dibenarkan dan Pengguna Perusahaan.

Isi Kandungan:

  1. Apakah Tujuan Dasar Privasi ini?
  2. Apakah Maklumat yang Kami Kumpul?
  3. Bagaimana Promethean Berkongsi Maklumat dengan Individu Lain?
  4. Adakah Maklumat Tentang Saya Selamat?
  5. Penyimpanan dan Penghapusan Maklumat Peribadi
  6. Keutamaan Komunikasi
  7. Bolehkah saya Mengakses, Membetul, atau Menghapuskan Maklumat Peribadi?
  8. Bagaimana Pergerakan Data saya?
  9. Privasi Kanak-Kanak
  10. Adakah Promethean Akan Mengubah Dasar Privasi ini?
  11. Bagaimana sekiranya saya mempunyai Pertanyaan Tentang Dasar Privasi ini atau Aduan?
  1. Apakah Tujuan Dasar Privasi ini?

Promethean menghormati privasi anda dan komited untuk melindunginya melalui pematuhan kami dengan dasar ini. Dasar Privasi ClassFlow ini (bersama dengan Dasar Kuki ClassFlow, Terma Perkhidmatan ClassFlow dan Dasar Penggunaan Boleh Diterima ClassFlow, serta mana-mana dokumen lain yang dirujuk di dalam ini) menerangkan cara Promethean mengumpul, menyimpan, mengguna dan mendedahkan Maklumat Peribadi yang kami kumpul daripada anda melalui penggunaan Perkhidmatan ClassFlow.

Maklumat Peribadi” seperti yang digunakan dalam Dasar Privasi ini bermaksud apa-apa maklumat yang boleh mengenal pasti individu khusus secara peribadi.

Dasar ini tidak terpakai kepada laman web pihak ketiga atau amalan syarikat yang Promethean tidak memiliki atau mengawal, atau aplikasi yang kami sediakan pautan daripada Perkhidmatan kami. Anda hendaklah sentiasa membaca dasar privasi laman web mana-mana pihak ketiga sebelum menggunakannya.

  1. Apakah Maklumat yang Kami Kumpul?

2.1 Maklumat Peribadi yang kami kumpul bergantung sama ada anda seorang guru, pelajar, atau ibu bapa.

  1. Maklumat tentang Sekolah, Guru dan Pentadbir:

Kami meminta maklumat tertentu bila Guru atau Pentadbir Sekolah mendaftar untuk akaun ClassFlow atau berhubung dengan kami dalam talian, termasuk nama pertama dan keluarga, alamat e-mel, nama pengguna dan kata laluan, serta apa-apa maklumat tambahan yang diberikan oleh anda secara sukarela dalam profil ClassFlow, yang boleh merangkumi, tetapi tidak terhad kepada, gabungan dan lokasi sekolah anda, peringkat gred dan perkara pokok yang diajar oleh anda, jawatan anda di dalam sekolah dan jenis peranti yang digunakan oleh pelajar anda (secara kolektif, “Data Sekolah”).  Kami juga mungkin mengumpul Data Sekolah sekiranya sekolah menghantar mesej kepada kami, guru menyiarkan kandungan atau Sumber di laman web kami atau melalui Perkhidmatan kami, atau menjawab e-mel dan tinjauan.   Kami mengguna maklumat ini untuk mengendali, menyimpan dan membekalkan ciri-ciri dan kefungsian Perkhidmatan, menganalisa dan menambah baik tawaran dan kefungsian Perkhidmatan dan berhubung dengan Sekolah dan pengguna kami.

  1. Maklumat tentang Pelajar:

Promethean membekalkan Perkhidmatan kepada sekolah dan guru untuk menambah baik arahan bilik darjah dan hasil pembelajaran pelajar. Melalui peruntukan Perkhidmatan ini kepada Sekolah, kami mungkin mengumpul atau mempunyai akses ke Maklumat Peribadi tentang pelajar (“Data Pelajar”). Pelajar yang telah diberikan kod kelas oleh Sekolah atau Guru sahaja boleh mendaftar sebagai “Pelajar” bagi akaun ClassFlow dan menggunakan Perkhidmatan.  Semasa pendaftaran, kami akan mengumpul Maklumat Peribadi daripada pelajar. Jenis maklumat yang kami kumpul akan bergantung pada cara guru, sekolah atau daerah menggunakan Perkhidmatan, tetapi ia mungkin merangkumi nama pertama dan keluarga, alamat e-mel, nama pengguna dan kata laluan pelajar, data penilaian, data tugasan dan kandungan bilik darjah yang lain. Kami menganggap Data Pelajar ini sebagai sangat sulit dan menggunakan data ini semata-mata untuk membekalkan Perkhidmatan kami kepada Sekolah atau bagi pihak Sekolah dan dalam cara yang terhad, untuk tujuan dalaman selaras dengan Terma Perkhidmatan ClassFlow kami atau perjanjian khusus dengan Sekolah.  Pengumpulan, penggunaan dan pendedahan Data Pelajar dikawal oleh perjanjian kami dengan Sekolah, di A.S. dengan peruntukan Akta Hak dan Privasi Pendidikan Keluarga (Family Educational Rights and Privacy Act, FERPA) dan undang-undang negeri yang berkenaan dan mengikut undang-undang negeri, persekutuan dan antarabangsa yang lain, tetapi bukan mengikut peruntukan yang terkandung dalam Dasar Privasi ini.  Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai pengumpulan dan penggunaan Data Pelajar, sila hubungi kami di privacy@ClassFlow.com.  Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai cara menyemak, mengubah, atau menghapuskan Maklumat Peribadi pelajar, sila hubungi institusi pendidikan anda secara terus.

Lihat “Cara Promethean Berkongsi Maklumat Dengan Individu Lain” di bawah untuk maklumat lanjut mengenai cara terhad di mana kami berkongsi Data Sekolah dan Data Pelajar. Lihat “Privasi Kanak-Kanak” di bawah untuk maklumat lanjut mengenai cara kami mengumpul dan menggunakan maklumat peribadi kanak-kanak yang berumur bawah 13 tahun.

  1. Maklumat tentang Ibu bapa dan Penjaga:

Kami meminta maklumat tertentu bila ibu bapa atau penjaga mendaftar untuk membuka akaun ClassFlow atau mendaftar untuk menggunakan aplikasi yang berkaitan. Ini merangkumi tetapi tidak terhad kepada nama pertama dan keluarga, alamat e-mel, nama pengguna dan kata laluan, serta apa-apa maklumat tambahan yang diberikan secara sukarela oleh ibu bapa atau penjaga, yang mungkin merangkumi, tetapi tidak terhad kepada nama dan lokasi sekolah anak anda dan hubungan anda dengan anak terbabit (ibu bapa, datuk, penjaga dan sebagainya). Kami menggunakan maklumat ini untuk mengendali, menyimpan dan membekalkan ciri-ciri dan kefungsian Perkhidmatan, menganalisa dan menambah baik tawaran dan kefungsian Perkhidmatan dan berhubung dengan anda.

2.2   Maklumat yang Dikumpul Melalui Teknologi:

Kami mengumpul jenis maklumat penggunaan tertentu secara automatik bila anda melawati laman web kami atau menggunakan Perkhidmatan kami. Apabila anda melawati Perkhidmatan, kami mungkin menghantar satu atau lebih kuki (peranti pengesanan) ke komputer anda yang mengenal pasti pelayar anda dengan unik dan membolehkan kami membantu anda untuk mengelog masuk lebih cepat dan meningkatkan kefungsian dan pelayaran anda melalui laman.  Kuki juga boleh menyampaikan maklumat kepada kami tentang cara anda menggunakan Perkhidmatan (contohnya halaman yang anda Lihat, pautan yang anda klik dan tindakan lain yang dilakukan oleh anda dalam Perkhidmatan). Kami akan mengumpul maklumat fail log dari pelayar atau peranti mudah alih anda setiap kali anda mengakses Perkhidmatan.  Maklumat fail log merangkumi maklumat sulit seperti permintaan web anda, alamat Protokol Internet (“IP”), jenis pelayar, bahasa pelayar, maklumat tentang peranti mudah alih anda, halaman rujukan / keluar dan URL, bilangan klik dan cara anda berinteraksi dengan pautan dalam Perkhidmatan, nama domain, halaman pendaratan, halaman yang dilihat dan maklumat sedemikian yang lain. Kami mungkin menggunakan gif yang jelas (juga dikenali sebagai suar web) yang digunakan untuk mengesan corak penggunaan dalam talian Pengguna kami secara rahsia. Sebagai tambahan, kami juga mungkin menggunakan gif yang jelas dalam e-mel berasaskan HTML yang dihantar kepada pengguna bukan pelajar kami untuk mengesan e-mel yang dibuka dan pautan yang diklik oleh penerima.  Maklumat tersebut membenarkan pelaporan yang lebih tepat dan penambahbaikan bagi Perkhidmatan. Kami juga mungkin mengumpul data analitik, atau menggunakan alat analitik pihak ketiga bagi membantu kami mengukur trend trafik dan penggunaan bagi Perkhidmatan.  Walaupun melakukan yang terbaik untuk memenuhi keutamaan privasi pelawat, kami tidak dapat memberi respons kepada isyarat Jangan Kesan dari pelayar anda pada masa ini. Untuk memahami dengan tepat apakah kuki yang digunakan dalam Perkhidmatan ClassFlow percuma kami dan kuki yang digunakan dalam Perkhidmatan ClassFlow untuk Sekolah, anda boleh menyemak Dasar Kuki ClassFlow kami.

Apabila anda mengakses Perkhidmatan kami dengan atau melalui peranti mudah alih, kami akan menerima atau mengumpul atau menyimpan maklumat tentang peranti mudah alih anda seperti pembekal perkhidmatan rangkaian mudah alih, jenis peranti, model dan pengeluar anda dan bergantung pada tetapan peranti mudah alih, data lokasi geografi anda di bandar raya, negeri atau peringkat negara. Kami menerima maklumat ini secara agregat supaya kami boleh mengawasi trend yang luas dan statistik penggunaan.

Kami menggunakan atau mungkin menggunakan data yang dikumpul melalui kuki, fail log, pengecam peranti, data lokasi dan maklumat gif yang jelas untuk:  (a) mengingati maklumat supaya anda tidak perlu memasukkannya semula sewaktu kunjungan atau kunjungan anda pada masa akan datang; (b) menyediakan maklumat khas dan diperibadikan, termasuk kandungan dan iklan yang disasarkan; (c) menyedia dan mengawasi keberkesanan Perkhidmatan kami; (d) mengawasi metrik agregat seperti jumlah bilangan pelawat, trafik, penggunaan dan corak demografi di laman web kami dan Perkhidmatan kami; (e) mendiagnos atau membetulkan masalah teknologi; (f) menyiasat penipuan atau penyalahgunaan Perkhidmatan dan (g) sebaliknya merancang dan meningkatkan Perkhidmatan kami.  Walaupun kami mungkin membenarkan rakan iklan pihak ketiga untuk mengumpul maklumat di halaman pendaratan ClassFlow kami bagi tujuan menghantar iklan yang disasarkan, kami tidak membenarkan rangkaian iklan pihak ketiga untuk mengumpul maklumat tentang Pelajar atau Guru yang mengelog masuk ke dalam Perkhidmatan kami.

  1. Bagaimana Promethean Berkongsi Maklumat dengan Individu Lain?

Kami berkongsi data di dalam Perkhidmatan sebagaimana yang diperlukan untuk melaksanakan Perkhidmatan.  Sebagai contoh, Data Pelajar dan Data Sekolah akan dikongsi dengan guru, pentadbir sekolah dan ibu bapa yang diberi kebenaran untuk menerima Data Pelajar bagi tujuan pendidikan.  Berkongsi di dalam Perkhidmatan akan bergantung pada tetapan dan kefungsian yang dipilih oleh sekolah atau guru. Promethean hanya berkongsi Maklumat Peribadi dengan pihak ketiga dalam keadaan terhad, seperti yang diterangkan di bawah.  KAMI TIDAK AKAN SEKALI-KALI BERKONGSI ATAU MENJUAL DATA PELAJAR DENGAN PIHAK KETIGA BAGI TUJUAN PEMASARAN ATAU IKLAN.  Kami tidak pernah sekali-kali berkongsi atau menjual Maklumat Peribadi tentang guru, pentadbir atau ibu bapa dengan pihak ketiga bagi tujuan pemasaran atau iklan melainkan anda memberikan kebenaran untuk berbuat demikian.

  1. Jika anda guru atau pentadbir dan anda memilih untuk memuat naik Sumber ke Pasaran ClassFlow (sama ada dikenakan bayaran atau secara percuma) atau memilih untuk terlibat dalam perbualan atau menyertai ciri sembang, forum atau blog dalam Komuniti ClassFlow, satu profil akan dibuat secara automatik untuk anda. Semua maklumat yang dimasukkan ke dalam profil anda, akan boleh didapati secara terbuka kepada guru lain yang merupakan pemegang akaun ClassFlow dan kepada sesiapa yang terjumpa Sumber anda atau siaran dalam carian luar talian Pasaran atau dalam carian melalui enjin carian seperti Bing atau Google. Anda dikehendaki mengisi medan untuk nama pertama dan keluarga dalam profil, tetapi anda boleh menggunakan nama samaran berbanding nama pertama dan keluarga sebenar anda sekiranya anda tidak mahu mendedahkan nama anda secara terbuka yang dikaitkan dengan profil anda.  Anda juga mempunyai pilihan untuk memasukkan maklumat lain tentang diri anda dengan melengkapkan medan pilihan lain pada halaman profil.  Maklumat ini juga akan boleh didapati secara terbuka berhubung dengan profil anda. Jangan isi medan pilihan sekiranya anda tidak mahu maklumat didedahkan secara terbuka.  Lihat Terma dan Syarat Pasaran ClassFlow.
  2. Kami boleh mendedahkan Maklumat Peribadi anda seperti yang dikehendaki atau dibenarkan oleh undang-undang atau bila kami percaya bahawa pendedahan tersebut perlu untuk mematuhi prosiding kehakiman, perintah mahkamah, atau proses undang-undang yang dikenakan ke atas kami; untuk menguat kuasa atau mengguna pakai Terma Perkhidmatan kami, Dasar Penggunaan Boleh Diterima, atau perjanjian lain (termasuk mendedahkan Maklumat Peribadi kepada penguatkuasaan undang-undang, sekolah, atau majikan anda); atau melindungi hak, harta benda, atau keselamatan Promethean, pekerja dan Pengguna kami, atau individu lain.
  3. Jika Promethean atau sebahagian atau semua asetnya telah diambil alih atau sebaliknya dipindahkan, atau dalam keadaan yang tidak dijangka, Promethean menutup perniagaan atau diisytiharkan muflis, maklumat pengguna termasuk Maklumat Peribadi mungkin dipindahkan kepada atau diperoleh oleh pihak ketiga tetapi hanya kepada pihak ketiga yang tertakluk kepada komitmen yang sama bagi Maklumat Peribadi yang dikumpul sebelum itu sebagaimana Promethean di bawah Dasar Privasi ini. Dalam keadaan sedemikian, kami akan memberikan notis dan peluang untuk menolak pindahan Data Pelajar dengan menamatkan akaun anda.
  4. Kami boleh berkongsi Maklumat Peribadi dengan syarikat pihak ketiga boleh dipercayai yang tertentu dan individu untuk melaksanakan tugas bagi pihak kami, tetapi semata-mata untuk tujuan menjalankan kerja mereka untuk kami, sebagai contoh, membantu kami membekalkan Perkhidmatan, meningkatkan Perkhidmatan, menambah kefungsian dan kemesraan pengguna Perkhidmatan, serta menambah baik pengalaman anda menggunakan Perkhidmatan. Sebagai contoh, kami menggunakan Perkhidmatan Web Amazon untuk mengehos Perkhidmatan pada pelayan mereka; kami menggunakan Google Analytics untuk membantu kami mengesan tingkah laku pengguna, trafik pengguna, trafik pelawat dan membekalkan analisis sistem; kami menggunakan Pardot sebagai perkhidmatan automasi pemasaran yang kami guna untuk merekodkan interaksi pengguna dengan Perkhidmatan; dan kami menggunakan Interkom untuk automasi pemasaran, bagi mendapatkan maklum balas pengguna, menyediakan sokongan pelanggan, menghubungi pengguna tentang ciri-ciri dalam Perkhidmatan, serta menjalankan sembang langsung di dalam Perkhidmatan.  Walau bagaimanapun, perkhidmatan Interkom tidak diaktifkan (dihidupkan) untuk akaun Pelajar.  Untuk penjelasan, Pelajar tidak akan dihubungi melalui Interkom dan Pelajar tidak akan mempunyai kefungsian sembang langsung yang disediakan di dalam akaun mereka.

Melainkan kami memberitahu anda sebaliknya, syarikat pihak ketiga yang dipercayai ini tidak mempunyai sebarang hak untuk menggunakan Maklumat Peribadi melebihi apa yang perlu untuk membantu kami membekalkan perkhidmatan sebaik yang mungkin.  Untuk mengetahui lebih lanjut tentang syarikat pihak ketiga ini termasuk dasar privasi bagi setiap pihak ketiga, anda boleh melayari laman web mereka:

https://aws.amazon.com/privacy/

https://docs.intercom.io/pricing-and-terms/privacy

https://www.google.com/intl/en/policies/

https://www.pardot.com/company/legal/privacy-policy/

Dari semasa ke semasa, kami mungkin bekerjasama dengan ramai lagi pembekal perkhidmatan dan kami akan melakukan yang terbaik untuk mengekalkan maklumat terkini tentang rakan pihak ketiga kami dalam Dasar Privasi ini.

  1. Kami juga boleh berkongsi maklumat dengan pihak lain dalam bentuk terkumpul dan tanpa nama yang secara munasabah tidak mengenal pasti anda secara langsung sebagai individu. Sebagai contoh, kami membekalkan maklumat analitik dan penggunaan melalui Perkhidmatan ClassFlow untuk Sekolah, seperti menyediakan laporan kepada Sekolah bagi tujuan menentukan kekerapan Pengguna menggunakan atau tidak menggunakan Perkhidmatan, yang menampilkan Pengguna menggunakan paling banyak atau paling kurang Perkhidmatan, serta sumber yang diakses oleh Pengguna, semuanya bagi tujuan menambah baik Perkhidmatan, meningkatkan kefungsian dan kemesraan pengguna Perkhidmatan dan menambah baik pengalaman keseluruhan Sekolah dan Pengguna yang menggunakan Perkhidmatan.
  2. Cara Data Pelajar dikongsi: Sebagai tambahan kepada tindakan yang diterangkan di atas, Promethean mungkin memudahkan perkongsian Data Pelajar dengan pihak ketiga melalui Perkhidmatan ini, hanya apabila diarahkan dan dibenarkan untuk berbuat demikian bagi pihak Sekolah. Sebagai contoh, sesetengah elemen Perkhidmatan kami membenarkan Sekolah untuk berinteraksi dengan ibu bapa, pelajar, pentadbir dan guru lain bagi manfaat pendidikan pelajar. Promethean tidak memudahkan perkongsian apa-apa Data Pelajar dengan pihak ketiga dalam atau melalui Perkhidmatan melainkan bagi pihak Sekolah selepas Sekolah telah membenarkan perkongsian data tersebut.
  3. Adakah Maklumat Mengenai Saya Selamat?

Keselamatan data adalah sangat penting kepada Promethean.  Promethean mengekalkan prosedur pentadbiran, teknikal dan fizikal yang ketat bagi melindungi maklumat yang disimpan dalam pelayan kami. Akses ke maklumat adalah terhad (melalui kelayakan pengguna/kata laluan dan pengesahan dua faktor) kepada pekerja yang memerlukannya untuk melaksanakan fungsi kerja mereka. Kami menggunakan penyulitan SSL (teknologi lapisan soket selamat) piawaian industri untuk memindahkan Maklumat Peribadi. Perlindungan keselamatan lain termasuk tetapi tidak terhad kepada penyulitan data, tembok api dan kawalan akses fizikal kepada bangunan dan fail.  Anda boleh membantu melindungi daripada akses yang tidak dibenarkan ke akaun dan Maklumat Peribadi anda dengan memilih dan melindungi kata laluan anda dengan sewajarnya dan mengehadkan akses ke komputer dan pelayar anda dengan merakam keluar selepas anda selesai mengakses akaun anda.

Perkhidmatan mungkin mengandungi pautan ke laman lain. Jika anda klik pada pautan tersebut, anda akan meninggalkan Perkhidmatan ClassFlow dan Dasar Privasi ini tidak lagi mentadbir. Kami tidak bertanggungjawab terhadap dasar privasi dan/atau amalan pada laman lain (tetapi anda perlu membaca dasar privasi pihak ketiga tersebut untuk memastikan anda memahaminya sebelum anda memutuskan untuk melayari laman lain tersebut). Dasar Privasi ini hanya mentadbir maklumat yang dikumpul oleh Promethean melalui Perkhidmatan ini.

  1. Penyimpanan dan Penghapusan Maklumat Peribadi:
  2. Kami akan menyimpan maklumat anda selagi akaun anda aktif atau seperti diperlukan untuk membekalkan Perkhidmatan kepada anda, atau seperti yang diterangkan di bawah. Jika anda ingin membatalkan akaun anda, sila hubungi kami info@ClassFlow.com.
  3. Jika anda Pengguna Perusahaan, sewaktu tempoh langganan ClassFlow untuk Sekolah, kami akan menyimpan atau memusnahkan apa-apa Maklumat Peribadi yang disimpan di dalam akaun ClassFlow untuk Sekolah anda selaras dengan dasar khusus Sekolah atau arahan berkaitan dengan penyimpanan dan pemusnahan Data Sekolah dengan pengecualian bahawa kami boleh menyimpan dan menggunakan Maklumat Peribadi yang tertentu sebagaimana perlu bagi memenuhi kewajipan undang-undang kami, menyelesaikan pertikaian dan menguatkuasa perjanjian kami.
  4. Jika anda menyumbang kepada Pasaran ClassFlow atau anda menyumbang kepada Komuniti ClassFlow, anda dikehendaki untuk mencipta profil. Apabila anda menutup akaun ClassFlow, profil anda akan kekal kelihatan kepada orang awam dalam Pasaran ClassFlow melainkan anda menghapuskan Sumber anda dari Pasaran sebelum menutup akaun.  Begitu juga, bila anda menutup akaun ClassFlow, apa-apa yang telah anda sumbang atau siarkan dalam Komuniti ClassFlow akan kekal dalam Komuniti dan profil anda akan kekal kelihatan.  Jika anda tidak mahu maklumat peribadi dalam profil anda kekal boleh dilihat, anda perlu menghapuskan maklumat pilihan dalam profil dan menggantikan nama pertama dan keluarga sebenar anda dengan nama samaran sebelum menutup akaun.
  5. Data Pelajar. Promethean akan segera menghapuskan atau menyahkenal pasti Data Pelajar atas permintaan atau arahan Sekolah atau Guru dalam tempoh tiga puluh (30) hari dari permintaan atau arahan sedemikian.  Sila hubungi kami di privacy@ClassFlow.com untuk memohon pembatalan akaun.  Kami akan menyimpan, menghapuskan, atau menyahkenal pasti Data Pelajar menurut dasar kami di bawah:

(i)   Akaun ClassFlow untuk Sekolah.  Sewaktu tamat tempoh atau penamatan langganan ClassFlow untuk Sekolah bagi Sekolah, semua data, termasuk Data Pelajar, di dalam Subdomain ClassFlow unik Sekolah akan disimpan oleh Promethean selama sembilan puluh (90) hari, di mana pada masa itu Sekolah akan mempunyai akses ke Subdomain ClassFlow bagi tujuan mengakses Data Pelajar dan Data Sekolah dan/atau mengembalikan semula akaun Sekolah.  Melainkan tertakluk kepada terma khusus dalam perjanjian kami dengan Sekolah, semua data di dalam Subdomain ClassFlow unik sekolah, termasuk Data Pelajar, akan dinyahkenal pasti atau dimusnahkan dalam tempoh sembilan puluh (90) hari selepas penamatan atau tamat tempoh langganan, atau lebih awal atas permintaan Sekolah.  Kami boleh menyimpan Data Pelajar tanpa nama atau terkumpul, termasuk data penggunaan, dalam bentuk yang tidak secara munasabah mengenal pasti individu tertentu, bagi tujuan analitik.

(ii)  Akaun ClassFlow Percuma.  Guru berasingan yang menyediakan jadual kelas menggunakan akaun ClassFlow percuma mereka bertanggungjawab untuk menghapuskan kelas tersebut daripada akaun ClassFlow selepas kelas berakhir.  Apabila kelas dihapuskan, kod kelas untuk kelas ini dinyahdaya dan Pelajar tidak akan lagi dapat mengelog masuk ke dalam Perkhidmatan menggunakan kod kelas tersebut.  Jika Pelajar tidak dikaitkan dengan jadual kelas lain, akaun Pelajar akan dinyahaktif.  Apabila guru berasingan menamatkan akaun ClassFlow percuma beliau, semua akaun Pelajar yang telah dibuka atas arahan guru tersebut juga akan dinyahaktif melainkan Pelajar itu menggunakan akaun yang sama atas arahan guru lain yang mengekalkan akaun ClassFlow semasa.  Promethean juga akan menyahaktif akaun Pelajar yang dibuka oleh guru berasingan dalam Perkhidmatan ClassFlow percuma sekiranya akaun tersebut tidak aktif selama lebih daripada satu (1) tahun.  Akaun Pelajar yang Dinyahaktif akan dinyahkenal pasti dengan menghapuskan nama pertama dan keluarga pelajar yang dikaitkan dengan akaun tersebut.  Pelajar mungkin dapat mengelog masuk dan mengembalikan semula akaun pada masa akan datang hanya sekiranya pelajar tersebut memberikan nama pertama dan keluarga serta kod kelas yang sah yang dibekalkan oleh guru.  Kami sebaliknya boleh menyimpan Data Pelajar tanpa nama atau terkumpul, termasuk data penggunaan, dalam bentuk yang secara munasabah tidak mengenal pasti individu tertentu, bagi tujuan analitik.

Jika anda guru yang menggunakan Perkhidmatan ClassFlow percuma dan anda ingin membatalkan akaun, anda perlu menghubungi kami di info@ClassFlow.com.  Selepas akaun ditutup, Guru tidak lagi akan mempunyai akses ke apa-apa bahan yang disimpan dalam akaun.  Walau bagaimanapun, kami boleh menyimpan dan menggunakan Maklumat Peribadi anda sebagaimana perlu bagi memenuhi kewajipan undang-undang kami, menyelesaikan pertikaian dan menguat kuasa perjanjian kami dan untuk berhubung dengan anda.  Kami akan mengambil langkah-langkah munasabah untuk dengan selamat menyahkenal pasti atau memusnahkan maklumat sedemikian apabila ia tidak lagi diperlukan untuk keperluan tersebut.

  1. Keutamaan Komunikasi.

Sebagai sebahagian daripada Perkhidmatan, jika anda guru/pentadbir atau ibu bapa, anda mungkin menerima e-mel atau jenis komunikasi lain daripada Promethean yang berkaitan dengan penggunaan Perkhidmatan anda atau profil pengguna anda.  Anda mengakui dan bersetuju bahawa dengan menggunakan Perkhidmatan, Promethean dan syarikat pihak ketiga yang boleh dipercayainya bagi pihak Promethean mungkin menghantar e-mel, menghubungi anda, atau terlibat dalam komunikasi lain yang kami tentukan berkaitan dengan profil anda atau penggunaan Perkhidmatan.  Sebagai contoh, kami mungkin menghantar e-mel kepada anda untuk kemas kini, surat berita, atau berita lain berkaitan Perkhidmatan atau menghantar pemberitahuan.  Anda akan sentiasa mempunyai pilihan untuk menghentikan langganan daripada menerima e-mel ini dengan mengklik pada butang “henti langganan” di dalam badan e-mel.  Sila ambil perhatian bahawa anda tidak dibenarkan untuk menghentikan langganan atau memilih untuk tidak menerima mesej bukan promosi berkaitan akaun anda, seperti pengesahan akaun, perubahan atau kemas kini pada ciri-ciri Perkhidmatan, atau notis teknikal dan keselamatan.

Komunikasi dengan Pelajar.  Promethean boleh menghantar pemberitahuan e-mel atau sebaliknya berhubung dengan pelajar hanya bagi pihak dan atas arahan sekolah, guru, atau daerah.  Kami juga boleh, dalam keadaan terhad, menghantar mesej berkaitan Perkhidmatan yang tertentu kepada pelajar, seperti pengesahan akaun atau notis teknikal dan keselamatan.

  1. Bolehkah saya Mengakses, Mengemas kini, Membetul, Menghapuskan Maklumat Peribadi?

Anda boleh mengakses, membetul, mengemas kini, atau menghapuskan Maklumat Peribadi dalam profil anda dengan membuat perubahan pada halaman profil akaun anda atau menghubungi privacy@ClassFlow.com.

Sila ambil perhatian bahawa meminta penghapusan atau tidak membekalkan maklumat tertentu boleh mengakibatkan anda tidak menerima pemberitahuan tentang kemas kini terhadap Perkhidmatan atau maklumat berharga lain berkaitan penggunaan Perkhidmatan.  Kegagalan untuk membekalkan maklumat yang diminta oleh Promethean atau menghapuskan maklumat tertentu boleh menyebabkan anda tidak dapat mengakses ciri-ciri Perkhidmatan yang relevan malah boleh mengakibatkan anda tidak boleh menggunakan Perkhidmatan sama sekali.

Jika anda menggunakan Perkhidmatan ClassFlow untuk Sekolah yang digabungkan dengan SIS sekolah, sebarang permintaan untuk mengakses atau membuat perubahan terhadap atau menghapuskan Maklumat Peribadi termasuk Data Pelajar hendaklah dibuat oleh Sekolah di dalam SIS.  Selepas perubahan dibuat di dalam SIS, perubahan tersebut secara automatik akan muncul di dalam Perkhidmatan ClassFlow untuk Sekolah.

Jika anda menggunakan Perkhidmatan ClassFlow untuk Sekolah dan Sekolah tidak menggabungkan SIS dengan Perkhidmatan, sebarang permintaan untuk mengakses atau membuat perubahan terhadap atau menghapuskan Maklumat Peribadi termasuk Data Pelajar hendaklah dibuat oleh Pentadbir Pengguna yang dilantik oleh Sekolah.  Pentadbir Pengguna akan diberikan akses ke halaman profil Pengguna yang Dibenarkan Sekolah supaya dapat mengemas kini, membetul, atau menghapuskan maklumat yang terkandung di dalamnya.

Jika anda guru berasingan yang menggunakan Perkhidmatan ClassFlow percuma, mana-mana jadual kelas yang telah anda buat yang mengandungi Data Pelajar hendaklah dihapuskan daripada akaun ClassFlow anda selepas kelas berakhir.  Data Pelajar yang dikaitkan dengan akaun Guru dalam Perkhidmatan ClassFlow percuma dikawal oleh guru atau sekolah.  Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai cara menyemak, mengubah, atau menghapuskan Data Pelajar daripada akaun guru, sila hubungi guru atau sekolah secara terus atau anda boleh menghubungi Promethean di privacy@ClassFlow.com.

Pengguna Kesatuan Eropah (EU):  Mengakses, Membetul, atau Menghapuskan Maklumat Peribadi anda:  Jika anda pemastautin di EU, anda mempunyai hak tertentu berkaitan dengan Maklumat Peribadi:  (i) hak untuk dimaklumkan tentang cara Maklumat Peribadi anda sedang digunakan; (ii) hak untuk mengakses Maklumat Peribadi yang kami simpan tentang anda; dan (iii) hak untuk meminta pembetulan terhadap ketidaktepatan Maklumat Peribadi yang kami simpan tentang anda dan untuk meminta sekatan atau penghapusan Maklumat Peribadi anda di mana pemprosesan tidak mematuhi undang-undang perlindungan data tempatan.  Melaksanakan mana-mana hak di atas, atau sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan berkaitan dengan hak anda, sila hubungi kami dengan menggunakan butir-butir yang dinyatakan dalam seksyen “Hubungi Kami” di bawah.  Sila berikan sebanyak mungkin maklumat tentang pertanyaan Maklumat Peribadi yang anda ajukan.  Kami akan menjawab permintaan anda dalam tempoh tiga puluh (30) hari (atau kurang, jika dikehendaki oleh undang-undang).  Jika anda meminta kami untuk membetul, mengemas kini, menghapus, atau mengubah Maklumat Peribadi yang kami simpan tentang anda, kami akan berbuat demikian sekiranya kami berpuas hati perkara ini diperlukan.  Jika kami memutuskan untuk tidak mengubah Maklumat Peribadi anda dalam cara yang anda minta, kami akan menasihati anda tentang perkara ini secara bertulis dan cara anda boleh membuat aduan sekiranya anda tidak berpuas hati dengan keputusan kami.  Jika anda meminta untuk mengubah Maklumat Peribadi anda dan kami tidak membuat perubahan ke atasnya, anda boleh meminta kami mencatatkan dalam rekod kami yang anda telah meminta perubahan pada Maklumat Peribadi yang telah tidak dilakukan dan sebab perubahan tersebut tidak dilakukan.

Sila hubungi kami di privacy@ClassFlow.com sekiranya anda mempunyai pertanyaan tentang mengakses, membetul atau menghapuskan Maklumat Peribadi anda.

  1. Bagaimana Pergerakan Data saya?
  2. Anda mengakui dan bersetuju bahawa Promethean akan menyimpan dan memproses Maklumat Peribadi di pelbagai pusat data di seluruh dunia, termasuk di Amerika Syarikat dan bahawa Maklumat Peribadi anda mungkin tidak disimpan atau diproses di dalam negara di mana ia dikumpul melainkan dan kecuali hingga takat yang dikehendaki oleh Undang-Undang. Jika anda terletak di Kesatuan Eropah atau rantau lain dengan undang-undang yang mentadbir pengumpulan dan penggunaan data yang mungkin berbeza daripada undang-undang A.S., sila ambil perhatian bahawa kami boleh memindahkan maklumat, termasuk maklumat peribadi, ke negara dan bidang kuasa yang tidak mempunyai undang-undang perlindungan data yang sama sebagaimana bidang kuasa anda.  Anda memberi jaminan dan bersetuju bahawa Promethean boleh memindah dan memproses Maklumat Peribadi anda di Amerika Syarikat atau mana-mana negara lain di mana Promethean atau syarikat induk, anak syarikat, gabungan, atau pembekal perkhidmatannya mengekalkan kemudahan.  Jika berkenaan, anda menjamin dan bersetuju bahawa anda telah memperoleh semua kebenaran yang diperlukan daripada Pengguna Dibenarkan untuk Promethean memproses Maklumat Peribadi sedemikian di Amerika Syarikat dan tempat lain di dunia.
  3. Anda bertanggungjawab untuk memahami dan mematuhi undang-undang perlindungan data dan privasi tempatan di tempat anda menetap. Dengan menggunakan ClassFlow, anda membenarkan Maklumat Peribadi anda dihantar dan disimpan di lokasi berkenaan seperti yang digariskan di dalam ini.
  4. Privasi Kanak-Kanak

Promethean tidak dengan sengaja mengumpul apa-apa maklumat daripada kanak-kanak yang berumur bawah tiga belas (13) tahun melainkan dan hingga Sekolah atau guru telah memberikan keizinan dan kebenaran yang wajar untuk pelajar yang berumur bawah tiga belas (13) tahun untuk menggunakan Perkhidmatan dan untuk Promethean mengumpul maklumat daripada pelajar tersebut.  Sila hubungi kami di privacy@classflow.com sekiranya anda percaya kami telah secara tidak sengaja mengumpul maklumat peribadi daripada kanak-kanak yang berumur bawah tiga belas (13) tahun tanpa kebenaran wajar supaya kami boleh menghapuskan maklumat tersebut secepat mungkin.

  1. Adakah Promethean Akan Mengubah Dasar Privasi ini?
  2. Kami boleh membuat perubahan kepada Dasar Privasi ini dari semasa ke semasa, jadi anda perlu menyemak halaman ini secara berkala. Jika kami membuat sebarang perubahan penting dalam cara kami menggunakan Maklumat Peribadi, anda akan dimaklumkan tentang perubahan tersebut bila anda mendaftar masuk ke ClassFlow.  Jika anda tidak mahu menerima perubahan, anda boleh menolaknya dengan membatalkan akaun anda
  3. Perubahan Dasar Privasi berhubung Data Pelajar. Jika kami mengubah apa-apa dalam dasar yang secara ketara mempengaruhi pengumpulan, penggunaan, storan, penyimpanan, atau pendedahan Data Pelajar kami, anda akan dimaklumkan tentang perubahan tersebut bila anda mendaftar masuk ke ClassFlow.  Kami akan mencuba sedaya upaya untuk memberikan notis sekurang-kurangnya tiga puluh (30) hari bagi perubahan Dasar Privasi yang mungkin melibatkan pengumpulan, penggunaan, penyimpanan, atau perkongsian Data Pelajar dalam cara yang berbeza dengan ketara yang telah didedahkan dalam Dasar kami yang terdahulu, jadi anda mempunyai masa yang mencukupi untuk menilai perubahan yang dilaksanakan.  Jika anda memilih untuk tidak menerima perubahan, anda boleh menolaknya dengan membatalkan akaun anda sebelum perubahan berkuat kuasa. Versi Dasar Privasi ini yang terdahulu boleh diperoleh dengan menghubungi kami di privacy@ClassFlow.com.
  4. Bagaimana sekiranya saya mempunyai Pertanyaan Tentang Dasar Privasi ini atau Aduan?

Jika anda ingin membuat aduan, pertanyaan, atau kebimbangan mengenai maklumat yang ditetapkan di dalam Dasar Privasi ini atau tentang cara kami telah mengendalikan Maklumat Peribadi anda, sila hubungi kami di privacy@ClassFlow.com.  Kami akan berusaha untuk menangani semua aduan, pertanyaan dan kebimbangan dalam jangka waktu yang munasabah.

  1. Jika anda pemastautin di Australia dan anda tidak berpuas hati dengan cara kami menyelesaikan aduan, anda boleh menghubungi Pesuruhjaya Privasi Persekutuan Australia untuk membuat aduan. Untuk maklumat lanjut, sila lawati www.oaic.gov.au.
  2. Salinan Dasar Privasi ini akan disediakan secara percuma di laman web Dasar Privasi ClassFlow kami atau dengan menghubungi kami di privacy@ClassFlow.com.

©2016 Promethean Limited. Semua Hak Cipta Terpelihara.